Well, disebabkan aku baru je wat blog ni, *opss..buat blog ni da lame, tapi baru start nak post* aku nak tulis la pasal gelagat orang yang aku selalu perhatikan. Mungkin bagi korang, ini perkara biasa tetapi ia tetap salah di sisi undang-undang ISLAM. Ok, apa yang aku nak cakap ni? Berkait ngan agama la pulak kan?
Ok, ok. Camni. Sebenarnya, aku selalu je lepak kat Times Square tu. Tempat biasa aku lepak kat McD or Kfc sebab lapar la kan, lepas lama berjalan-jalan tengok gelagat orang ramai. Selalu bila aku lepak kat TS ni, aku selalu je nampak perkara yang aku tak suka. Mungkin korang akan rasa aku ni kolot ke pe ke. Yela, sebab apa yang akan aku tulis ni memang akan buat orang tak suka.
*Weh, cepat la tulis, aku lempang kan, banyak cakap pulak*
Ha.ha.ha. Ok, aku akan mulakan yer, jangan la marah. Ok, perkara yang aku selalu lihat tetapi tak ingin try ialah pegang tangan lelaki yang bukan muhrim/mahram/sewaktu dengannya. Ok. Jelas ke ngan topik yang aku nak cerita nih? Aku malas la nak citer perkara yang lebih dari tu seperti letak tangan kat pinggang makwe dia ke kan, sebab aku tak pasti yang tu adik dia ke, isteri dia ke.. Sebab yang pegang tangan ni biasa aku tengok and bila tenung *usha ea* lama-lama kat diorang, memang sah, confirm diorang kapel!
Baiklah. Cerita ini bermula apabila aku sampai di stesen LRT. Well, tunggu punya tunggu LRT tu sampai, aku nampak la sorang akak ngan sorang abang nih. *akak ngan abang ke?? lantak la* Diorang tengah khusyuk bercakap sampai tak sedar ngan orang sekeliling dia. Aku tenung punya tenung mamat tuh, dia tak berpaling pon kat aku *sedih*. Tiba-tibe, *suspen sikit* tangan dia mula merayap kat pipi pompuan tuh. Aikh, aku da mula rasa lain macam. Aku tengok lagi diorang. Ala, bez pe tengok gelagat orang nih. Lelaki tuh pegang muka pompuan tuh and pompuan tuh tenung muka dia *tertanya-tanya kot*. Setelah sekian lama lelaki tuh pegang pipi pompuan tuh, dia mulakan perbualan dengan "Awak, awak ada jerawat baru laa." *Ha.ha.ha aku ketawa dalam hati* -Ok, ni citer tipu. Tak de pon citer tuh. Lau aku jumpa pasangan camtuh, aku confirm gelak kuat-kuat-
Ni citer sebenarnya. Kat TS tu kan ramai pasangan kapel. Aku bukan tak suka orang kapel ni, aku tahu itu semacam da fitrah. berkasih sayang itu adalah fitrah manusia, ye aku tahu. Tetapi, korang boleh kan, ikut syara'? Maksud aku, berjalan bukan berdua-duaan, kerana orang ketiga adalah syaitan. Bawakla ahli keluarga pompuan tu, adik ke, abang ke, ayah ke tapi bukan korang bawak satu lagi pasangan dengan korang, kira macam double date. Sebab, aku yakin, korang tetap akan berpisah. Yang kedua, tolong, tolong jangan berpegangan tangan anda. Korang tahu kan halal dan haram? Bila korang pegang tangan bukan muhrim itu haram kan? Jadi, kalau kamu nak berpegangan tangan jugak, aku ada satu idea...
Wednesday, April 18, 2012
Tuesday, April 17, 2012
Assalamualaikum
Apa khabar sume? Erk, ada ke orang baca blog aku nih? Ha.ha.ha. Anyway, blog ni cuma sebagai satu medan aku untuk mencuba menulis. Menulis? Menulis apa? Buku? Novel? Cerpen? Salah, sumer salah. Aku cuma nak menulis je, sebab tuh aku pilih blog. Blog ni semua orang boleh buat. Tak ada halangan dan larangan, cume peluang. Betul tak?
Mungkin, akan ada orang kata, " Apala blog nih, merepek je lebih, bukannya ada pape pon". Yes, blog nih tak de pape pon, cuma aku yang merapu sorang-sorang. Aku pon tak tahu sama ada akan ada orang baca blog aku ni ke tidak. Blog ni cuma satu tempat luahan, satu tempat untuk aku mencurahkan isi hati, apa yang aku dengar, apa yang aku lihat dan apa yang aku baca atau yang sewaktu dengannya.
Aku pon tak tahu apa yang aku akan, bakal tulis dalam blog ini, cuma aku nak sediakan satu tempat untuk aku curahkan apa yang aku rasa, llihat dan dengar.
Lagipun, blog ini hanyalah tempat untuk menulis, bukannya berperang, atau mungkin mencari publisiti. Oh, aku bukan orang macam itu. Di luar, aku cumalah seorang yang pendiam dan bukanlah seorang yang petah berbicara. Jadi aku cuma ingin luahkan apa yang aku rasa dalam bentuk tulisan kerana aku tidak pandai berbicara.
Nampaknya aku sudah bercakap pasal diri aku. Sebenarnya, aku ingin menjadi anonymous kerana tidak ingin orang mengenali aku. Aku rasa aku masih lagi anonymous, kan? Kerana aku tidak mendedahkan nama aku lagi kan? Sila abaikan tentang diri aku.. Ha.ha.ha.

Subscribe to:
Comments (Atom)