Well, disebabkan aku baru je wat blog ni, *opss..buat blog ni da lame, tapi baru start nak post* aku nak tulis la pasal gelagat orang yang aku selalu perhatikan. Mungkin bagi korang, ini perkara biasa tetapi ia tetap salah di sisi undang-undang ISLAM. Ok, apa yang aku nak cakap ni? Berkait ngan agama la pulak kan?
Ok, ok. Camni. Sebenarnya, aku selalu je lepak kat Times Square tu. Tempat biasa aku lepak kat McD or Kfc sebab lapar la kan, lepas lama berjalan-jalan tengok gelagat orang ramai. Selalu bila aku lepak kat TS ni, aku selalu je nampak perkara yang aku tak suka. Mungkin korang akan rasa aku ni kolot ke pe ke. Yela, sebab apa yang akan aku tulis ni memang akan buat orang tak suka.
*Weh, cepat la tulis, aku lempang kan, banyak cakap pulak*
Ha.ha.ha. Ok, aku akan mulakan yer, jangan la marah. Ok, perkara yang aku selalu lihat tetapi tak ingin try ialah pegang tangan lelaki yang bukan muhrim/mahram/sewaktu dengannya. Ok. Jelas ke ngan topik yang aku nak cerita nih? Aku malas la nak citer perkara yang lebih dari tu seperti letak tangan kat pinggang makwe dia ke kan, sebab aku tak pasti yang tu adik dia ke, isteri dia ke.. Sebab yang pegang tangan ni biasa aku tengok and bila tenung *usha ea* lama-lama kat diorang, memang sah, confirm diorang kapel!
Baiklah. Cerita ini bermula apabila aku sampai di stesen LRT. Well, tunggu punya tunggu LRT tu sampai, aku nampak la sorang akak ngan sorang abang nih. *akak ngan abang ke?? lantak la* Diorang tengah khusyuk bercakap sampai tak sedar ngan orang sekeliling dia. Aku tenung punya tenung mamat tuh, dia tak berpaling pon kat aku *sedih*. Tiba-tibe, *suspen sikit* tangan dia mula merayap kat pipi pompuan tuh. Aikh, aku da mula rasa lain macam. Aku tengok lagi diorang. Ala, bez pe tengok gelagat orang nih. Lelaki tuh pegang muka pompuan tuh and pompuan tuh tenung muka dia *tertanya-tanya kot*. Setelah sekian lama lelaki tuh pegang pipi pompuan tuh, dia mulakan perbualan dengan "Awak, awak ada jerawat baru laa." *Ha.ha.ha aku ketawa dalam hati* -Ok, ni citer tipu. Tak de pon citer tuh. Lau aku jumpa pasangan camtuh, aku confirm gelak kuat-kuat-
Ni citer sebenarnya. Kat TS tu kan ramai pasangan kapel. Aku bukan tak suka orang kapel ni, aku tahu itu semacam da fitrah. berkasih sayang itu adalah fitrah manusia, ye aku tahu. Tetapi, korang boleh kan, ikut syara'? Maksud aku, berjalan bukan berdua-duaan, kerana orang ketiga adalah syaitan. Bawakla ahli keluarga pompuan tu, adik ke, abang ke, ayah ke tapi bukan korang bawak satu lagi pasangan dengan korang, kira macam double date. Sebab, aku yakin, korang tetap akan berpisah. Yang kedua, tolong, tolong jangan berpegangan tangan anda. Korang tahu kan halal dan haram? Bila korang pegang tangan bukan muhrim itu haram kan? Jadi, kalau kamu nak berpegangan tangan jugak, aku ada satu idea...
Korang pergi pinang pompuan tuh, and terus kawen, abis citer.. Sebab bila da kawen, semuanya da jadi halal bagi korang. Korang nak pegang tangan pon boleh, nak berdua-duaan pon boleh. ALLAH tak marah sebab korang da halal hubungannya. Tetapi, kalau korang belum kawen, tolong pastikan korang kawal nafsu nak pegang tangan tuh. Kalau boleh, jangan keluar pon berdua, sebab bila da keluar berdua ni, syaitan akan mula cucuk jarum, sebab tu la korang start pegang tangan sumer tuh.
Lelaki, tolong jaga perangai korang. Jangan paksa makwe korang buat benda yang tak sepatutnya...
Pompuan, tolong jaga perangai korang and pakwe korang. Jangan biar dia buat benda yang tak sepatutnya kat korang.
Korang boleh cegah benda maksiat ni.. Cuma nak ke tak nak je.. Bab makan sumer nak, tapi bab ni, maksiat ni, tolong la kawal diri, kawal nafsu!
Aku bukan apa, aku yang tengok korang pon berdosa gak sebenarnya, sebab tak cegah korang. Tapi kalau aku cakap kat depan muka korang, korang akan berdendam ngan aku. Mungkin ada yang akan kutuk aku, maki hamun aku, paling seram, cari rumah aku katne, nak balas dendam. Aku tak takut kat korang, aku takut kat ALLAH lagi, tapi manusia sekarang bukan boleh duduk diam kan? =_=
Nanti tak pasal-pasal ada yang masuk paper muka depan.. Aku taknak la bayangkan tajuk berita tuh, sebab aku yakin, muka aku tak kan keluar punyer.. =_=
Dah cukup buat kali ni. Post aku yang kedua ni, cuma nak tegur pasangan yang belum kawen tu, yang tak halal lagi hubungannya tuh. Tak salah kan aku tegur orang? Sape yang makan cili, dia yang rasa pedasnya. Aku tak boleh makan pedas sangat, sakit perut~ *tak de kaitan*
Apa-apa je la.. Sampai di sini sahaja warkah aku buat kali ini. Hingga kita berjumpa lain kali, Insya Allah..
Assalamualaikum~
No comments:
Post a Comment