Friday, December 28, 2012

Anti guru???


Assalamualaikum...Apa khabar pembaca sekalian? Semoga sihat hendaknya kepada pembaca alam maya walaupun tak de orang baca..Adakah terdapat pembaca alam maya di dalam blog ini? Mungkin ada, mungkin tiada. Walaupun tiada, aku tidak kisah kerana aku hanya ingin menulis pandangan aku di dalam blog ini sahaja. Blog ini merupakan tempat untuk aku menulis perkara yang aku dengar, lihat dan mungkin alami.

Alhamdulillah, aku masih berada di sini, menulis dan memerah idea. Syukur kerana aku masih berada di sini, bernafas di bumi Allah ini. Alhamdulillah sekali lagi. Syukur kerana masih diberi peluang bernafas di bumi ini.
Aku, sebagai seorang bakal guru sentiasa terbaca perkara atau isu-isu yang agak sensitif bagi seorang guru. Mungkin, bagi kalian yang bukan guru atau bakal guru langsung tidak memahami isi hati kami. Atau, mungkin ada yang memahami kami, terima kasih aku ucapkan. Mungkin isu ini telah lama berlaku, namun saban hari aku mendengar dan membaca perkara yang sangat menyebalkan hati aku. (betul ke menyebalkan ni satu perkataan? Entahlah, aku pun tak dapat berfikir sekarang) Perkara apa yang menyebalkan perasaan dan hati Misz Ara ni? Okay, mesti la pasal isu manusia yang tidak tahu bersyukur kepada gurunya itu. Siapa yang dimaksudkan Misz Ara nih? Sapa-sapa je la. Aku cuma tulis secara umum je, tak de maknanya untuk mengata sesiapa secara khusus.

Ada yang membandingkan kerjaya guru ni dengan kerjaya lain. Bagi aku, kerjaya guru ni tak sama dengan kerjaya lain. Setiap kerjaya ada plus dan minusnya. Jadi, bagi aku, adalah tidak patut bagi seseorang untuk membandingkan kerjaya guru dengan kerjaya lain. Walaupun bukan seorang guru atau bakal guru, adalah tidak patut cuba untuk memburukkan kerjaya sebagai seorang guru ini. Mungkin bagi anda, kerjaya seorang guru ini sangat tiada kelasnya, atau low class, tetapi bagi kami, ini adalah kerjaya yang amatla mulia. Guru mendidik murid-murid untuk menjadi manusia yang berguna. Mungkin guru anda tidak berjaya mendidik anda, mereka hanyalah mengajar anda dan membuatkan anda menjadi bijak pandai, tetapi bukannya mendidik anda. Jika mereka mendidik anda, anda akan berterima kasih kepada guru anda kerana berjaya menjadikan anda sebagai seorang manusia seperti sekarang ini, bukannya mengutuk guru anda. Perbuatan mengutuk guru anda di belakang adalah perkara yang sangat tidak bersesuaian memandangkan guru anda telah mengajar anda menjadi seorang yang bijak pandai, menjadi diri anda sekarang. Membuatkan anda berupaya MEMBACA apa yang aku taip ni SEKARANG. Jika anda masih tidak berterima kasih kepada guru anda, aku tidak tahu apa yang nak dikatakan lagi. PLEASE SAY THANKS TO YOUR TEACHERS.

Okay, ada yang kata guru BAHASA MELAYU tidak pandai berbahasa INGGERIS. Okay, aku bakal guru BAHASA MELAYU aka BM. Aku akui yang aku tidak pandai berbahasa INGGERIS. Tapi, at least aku tahu perkataan teachers bukannya teacher’s. Opss..termengata la pulak. Walaupun aku bakal cikgu BM, tapi aku bukan nak berbangga la, SPM aku BI dapat A1 ea… erkk, ter-riak la pulakk..soriiii.. aku tahu la cikgu BM selalu je dipandang rendah, tapi ni aku nak bagitau korang sesuatu.. belajar bahasa Melayu ni sebenarnya sangat susah tahu???? Korang kena belajar fonetik, fonologi dan segala macam lagi laa..sebagai seorang bakal guru BM, aku sangat sedih bila orang mengata cikgu BM ni.. T_T sedih tahu tak?? Ramai yang mengata kat cikgu BM, padahal cikgu BM la yang mengajar mereka membaca. Tipula kalau korang kata cikgu BI yang ajar.. Tipu, korang tipuuu… TIPU, LIE LIE LIE.. ha, kan da terkeluar bahasa Inggeris tuh.. sebab bagi orang Melayu terutamanya, mereka belajar membaca daripada cikgu BM mereka, bukannya cikgu BI mereka. Pada awalnya, mereka langsung tidak boleh membaca perkataan Inggeris. Kalau korang kata, korang pandai dari awal, TIPUUUUU.. sebab korang belajar membaca dari perkataan BM dahulu baru BI. Jangan nak kelentong laa..aku tahu, sebab aku belajar BM dulu.. pandai BM dulu, barulah pandai BI.. ni pon BM masih tak katam mana lagi, apatah lagi BI.. kenapa aku kata macam tu? Sebab semakin banyak aku belajar BM masih banyak yang aku tak tahu.
Ok, mungkin ada di antara kamu yang berkata mereka belajar ABC dari ibu bapa mereka atau guru tadika mereka. Ok, ni adalah satu fakta kerana aku tahu korang kenal ibu bapa dan guru tadika dulu kan baru guru-guru di sekolah. Tapi, ibu bapa anda dan guru tadika, adakah mereka mengajar anda dalam bahasa Inggeris? Maksud aku, adakah mereka berkata 'A' adalah untuk 'ant' atau 'A' adalah 'ayam'? Mesti mereka akan ajar anda A untuk ayam, kan?
Hurmm.. Aku da mula mengarut dah ni.. Almaklumla lama tak menulis.. Hari ni menaip panjang pulak, memang otak da pusing sikit, nak mengarut je kerja dia..

Aku tahu ramai yang kata, “Ala, yang ambik maktab tu bukannya minat sangat nak jadi guru pon,” Ye, aku akui, yang ramai yang masuk IPG (IPG ye, bukan maktab) ni bukannye sebab minat yang mendalam dalam bidang perguruan ni.. tak macam kawan aku yang minat sejak dalam kandungan lagi.. Tapi, setelah belajar di IPG, pelajar yang tidak begitu meminati bidang perguruan ini mula merasai keseronokan menjadi bakal guru. Ini adalah satu fakta, bukannya auta. Di IPG kami diajar banyak perkara, kami juga menjalani PBS serta praktikum yang membuatkan kami sentiasa dikelilingi oleh murid-murid sekolah rendah. Kami begitu seronok melihat murid-murid di sekolah yang masih naïf (kebanyakan sekolah yang aku pergi) yang sentiasa mengucapkan salam apabila bertemu dengan guru serta menghormati orang yang lebih tua. 

Jadi, aku ingin meluahkan rasa kecewa aku terhadap golongan sebegini kerana mereka pernah menjadi naif seperti itu, iaitu menghormati guru, sentiasa mendampingi guru mereka ketika di sekolah. Kini, mereka yang memulakan isu-isu seperti ini. Betapa kecewanya guru-guru anda yang pernah mengajar anda dahulu sekiranya mereka mengetahui apa yang anda lakukan.. Kini dengan senangnya anda berkata bahawa guru-guru tidak pandai mengajar. Jadi korang hantar anak korang pergi tuisyen.. *uhuk uhuk* Err cik kak, bukan ke orang yang ngajar anak awak kat tuisyen tu cikgu?? Ke bukan? Rasanya yang bertauliah je yang boleh ngajar kan, so dah bertauliah tu, cikgu la kan? Dah tu nak salahkan cikgu lagi?? Hurmm.. apa la makcik-makcik ni meragam ek?? Ada pulak tu kata kerja cikgu ni senang. Goyang kaki jer.. Err.. Cik kak, cik abang, boleh tak tolong gantikan sayer masuk mengajar kelas untuk satu hari je?? Mungkin bila korang da pergi ngajar, baru korang tahu betapa susahnya nak jadi cikgu ni.. Nak kawal kelas lagi, nak ajar lagi.. Senang je kan? Hishhh..

Sebenarnya aku da malas da nak menaip ni.. Dah lenguh tangan aku dari tadi je menaip *eleh...padahal post ni bertangguh berbulan-bulan baru nak edit*

Apa-apa pun, semoga orang lebih menghormati para guru.. >_<
Peace no war.. Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment