Assalamualaikum wbt..
Hari ni, (err..bkn hari ini la, tapi hari pertama masa aku buat post ni sbb aku da lama da buat post ni, cuma tak publish) aku ditegur oleh abah aku. Sebab aku selalu je menghadap laptop. Tapi aku faham apa yang abah aku sampaikan itu sangat betul kerana apa yang aku lakukan itu adalah salah. Apa yang aku buat yang menyebabkan abah aku yang selalunya tak akan tegur aku tu tegur aku? Sebabnya adalah sebaik sahaja aku selesai mengaji, aku terus menghadap laptop. *Itupun salah ke?*
Mungkin itu salah kerana abah aku telah menegur aku sehingga aku berasa sangat malu dengan diri sendiri. Namun aku rasa apa yang abah aku katakan itu adalah sesuatu yang betul. Abah aku tegur aku, "Kenapa duk depan laptop atau tv kita boleh buat selama 4 jam atau lebih, tapi mengaji setengah jam atau sejam tak boleh?" Aku terfikir, betul juga apa yang abah aku cakapkan itu. Kenapa selama ini aku boleh menghadap laptop atau tv selama lebih dari 5 jam satu hari, tetapi mengaji hanya 1 helai (2 muka surat) sahaja? Aku mula rasa bersalah dan pada keesokan harinya aku mula mengaji lebih banyak muka surat. Tapi aku bukan ingin menceritakan tentang berapa helai al-Quran aku mengaji setiap hari. Aku tak nak cerita pun hal itu...
Apa yang aku nak ceritakan ialah tentang menzalimi diri sendiri. Ini adalah nasihat dari abah aku.
Sebenarnya, menzalimi diri sendiri ialah apabila kita hanya mengingati hal dunia sahaja tanpa berfikir tentang hal akhirat. Apabila kita memikirkan perihal dunia melebihi akhirat , itu menjerumuskan diri kita kepada menzalimi diri sendiri. Seperti yang saya katakan sebentar tadi, kenapa kita boleh menghadap laptop atau tv lebih lama daripada beribadat kepada Allah S.W.T.. Kenapa begitu susah untuk kita beribadat kepada Allah? Kenapa sukar untuk kita meluangkan masa untuk beribadat kepada Allah selama beberapa minit? (Solat) Apabila mengaji, kenapa kita tidak boleh meluangkan masa selama setengah jam dan hanya mengaji sebanyak 1 helai sahaja? Kenapa tidak boleh mengaji al-Quran dengan lebih lama? Kenapa kita lebih mementingkan dunia? Ini menunjukkan kita telah menzalimi diri sendiri.
Beginilah caranya kita menzalimi diri sendiri, dengan mementingkan urusan dunia daripada urusan akhirat. Astaghfirullahalazim. Adakah kita meluangkan masa untuk berzikir setiap hari? Berapa kalikah kita berzikir pada setiap hari? Adakah setiap kali selepas solat, kita akan duduk berzikir di atas sejadah atau adakah kita terus berdoa dan sebaik sahaja selepas berdoa, kita akan terus melipat sejadah dan telekung sembahyang? Tepuk dada, tanya iman. Saya pun begitu juga. Sebelum ini, saya hanya berfikir tentang hal-hal dunia tanpa mengingati bahawa kita perlu melengkapkan diri kita dengan hal-hal akhirat nanti. Kita tidak tahu masa kita akan mati. Oleh itu, kita perlu melengkapkan diri kita dengan amal-amal kebaikan.
Saya tahu bahawa semua manusia sukakan hiburan. Hiburan perlu dalam kehidupan tetapi ianya tidak penting. Adakah kita akan mati tanpa hiburan? Adakah kita akan lapar tanpa hiburan? Satu lagi perkara, lapar dan kenyang. Sebenarnya Allah yang mengenyangkan kita, bukannya makanan. Adakah kita berfikir bahawa makanan mengenyangkan kita? Astaghfirullah.. Sebenarnya kita telah syirik kecil. Mungkin istilah yang saya gunakan ini adalah salah, tetapi perkara yang ingin saya sampaikan adalah betul. Istilah saya dalam agama masih kurang. Ok. Kenapa saya kata syirik kecil? Ini adalah disebabkan Allah yang mengenyangkan kita, bukan makanan. Sesiapa yang berfikir bahawa makanan yang mengenyangkan kita, beristighfarlah anda. Ini adalah kerana Allah yang menimbulkan rasa kenyang. Kita boleh lihat pada situasi apabila Dajjal bakal keluar nanti. Makanan kita hanyalah zikir dan Allah akan membuatkan kita rasa kenyang dengan hanya berzikir. Saya pernah diberitahu oleh abah saya bahawa terdapat seorang si fulan *saya tidak berapa ingat* hidup selama 300 tahun dengan hanya berzikir. *maafkan saya jika terdapat kesilapan kerana saya ingat-ingat lupa kerana abah saya telah menceritakan hal ini semasa saya masih kecil* Oleh itu, kita dapat lihat di sini bahawa Allah yang membuatkan kita berasa kenyang, bukannya makanan.
Berbalik semula kepada hiburan. Jika ingin berhibur, tidak salah, tetapi jangan hingga melalaikan dan lagha. Sekiranya anda boleh berhibur selama 5 jam dengan menonton tv atau menghadap laptop, anda mesti boleh menghabiskan masa selama sekurang-kurangnya 1 jam untuk beribadat? Tidak salah kan? Hanya 1 jam daripada masa anda berhibur dibahagikan untuk beribadat?
Ok, saya ini bukanlah seorang yang alim dalam agama, saya juga bukanlah daripada sekolah agama. Saya hanyalah seorrang insan biasa. Oleh itu, terlalu banyak kekurangan dalam diri saya. Namun, saya ingin cuba untuk menjadi lebih baik dari semalam. Semoga saya dan anda akan menjadi seorang yang lebih baik daripada semalam. InsyaAllah. Oleh itu, marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita untuk menjadi lebih baik.
No comments:
Post a Comment