Friday, December 28, 2012

Anti guru???


Assalamualaikum...Apa khabar pembaca sekalian? Semoga sihat hendaknya kepada pembaca alam maya walaupun tak de orang baca..Adakah terdapat pembaca alam maya di dalam blog ini? Mungkin ada, mungkin tiada. Walaupun tiada, aku tidak kisah kerana aku hanya ingin menulis pandangan aku di dalam blog ini sahaja. Blog ini merupakan tempat untuk aku menulis perkara yang aku dengar, lihat dan mungkin alami.

Alhamdulillah, aku masih berada di sini, menulis dan memerah idea. Syukur kerana aku masih berada di sini, bernafas di bumi Allah ini. Alhamdulillah sekali lagi. Syukur kerana masih diberi peluang bernafas di bumi ini.
Aku, sebagai seorang bakal guru sentiasa terbaca perkara atau isu-isu yang agak sensitif bagi seorang guru. Mungkin, bagi kalian yang bukan guru atau bakal guru langsung tidak memahami isi hati kami. Atau, mungkin ada yang memahami kami, terima kasih aku ucapkan. Mungkin isu ini telah lama berlaku, namun saban hari aku mendengar dan membaca perkara yang sangat menyebalkan hati aku. (betul ke menyebalkan ni satu perkataan? Entahlah, aku pun tak dapat berfikir sekarang) Perkara apa yang menyebalkan perasaan dan hati Misz Ara ni? Okay, mesti la pasal isu manusia yang tidak tahu bersyukur kepada gurunya itu. Siapa yang dimaksudkan Misz Ara nih? Sapa-sapa je la. Aku cuma tulis secara umum je, tak de maknanya untuk mengata sesiapa secara khusus.

Ada yang membandingkan kerjaya guru ni dengan kerjaya lain. Bagi aku, kerjaya guru ni tak sama dengan kerjaya lain. Setiap kerjaya ada plus dan minusnya. Jadi, bagi aku, adalah tidak patut bagi seseorang untuk membandingkan kerjaya guru dengan kerjaya lain. Walaupun bukan seorang guru atau bakal guru, adalah tidak patut cuba untuk memburukkan kerjaya sebagai seorang guru ini. Mungkin bagi anda, kerjaya seorang guru ini sangat tiada kelasnya, atau low class, tetapi bagi kami, ini adalah kerjaya yang amatla mulia. Guru mendidik murid-murid untuk menjadi manusia yang berguna. Mungkin guru anda tidak berjaya mendidik anda, mereka hanyalah mengajar anda dan membuatkan anda menjadi bijak pandai, tetapi bukannya mendidik anda. Jika mereka mendidik anda, anda akan berterima kasih kepada guru anda kerana berjaya menjadikan anda sebagai seorang manusia seperti sekarang ini, bukannya mengutuk guru anda. Perbuatan mengutuk guru anda di belakang adalah perkara yang sangat tidak bersesuaian memandangkan guru anda telah mengajar anda menjadi seorang yang bijak pandai, menjadi diri anda sekarang. Membuatkan anda berupaya MEMBACA apa yang aku taip ni SEKARANG. Jika anda masih tidak berterima kasih kepada guru anda, aku tidak tahu apa yang nak dikatakan lagi. PLEASE SAY THANKS TO YOUR TEACHERS.