Wednesday, October 9, 2013

Blinq Beauty Drink!!

Assalamualaikum...
wah...dah lama dah tak update!!!

apapun ari ni nak cerita sikit pasal Blinq Beauty Drink yang semakin popular dan hangat di pasaran..
saya ada menjual minuman kesihatan Blinq Beauty Drink (BBD)..rugi tak cuba tau..even Diana Amir pon minum blinq nih..FYI, blinq ialah 100% buatan bumiputera dan HALAL!! blinq mengandungi habbatus sauda yang merupakan salah satu makanan sunnah..
so, apa tunggu lagi?? jom berblinq bersama-sama..

You want to look younger??? want to look gorgeous??
want to loose your weight and at the same time want to stay healthy???
try BLiNQ Beauty Drink (BBD)..
BBD helps promote beautiful, healthy, youthful looking skin, helps you to get your ideal weight and can help prevent cancer!!!

so get your BBD now for only RM150/box of 30 sachets..

murah dan berbaloi-baloi...

jom like page https://www.facebook.com/blinqblinqhealth

Sunday, February 24, 2013

Menzalimi diri sendiri

Assalamualaikum wbt..

Hari ni, (err..bkn hari ini la, tapi hari pertama masa aku buat post ni sbb aku da lama da buat post ni, cuma tak publish) aku ditegur oleh abah aku. Sebab aku selalu je menghadap laptop. Tapi aku faham apa yang abah aku sampaikan itu sangat betul kerana apa yang aku lakukan itu adalah salah. Apa yang aku buat yang menyebabkan abah aku yang selalunya tak akan tegur aku tu tegur aku? Sebabnya adalah sebaik sahaja aku selesai mengaji, aku terus menghadap laptop. *Itupun salah ke?*

Mungkin itu  salah kerana abah aku telah menegur aku sehingga aku berasa sangat malu dengan diri sendiri. Namun aku rasa apa yang abah aku katakan itu adalah sesuatu yang betul. Abah aku tegur aku, "Kenapa duk depan laptop atau tv kita boleh buat selama 4 jam atau lebih, tapi mengaji setengah jam atau sejam tak boleh?" Aku terfikir, betul juga apa yang abah aku cakapkan itu. Kenapa selama ini aku boleh menghadap laptop atau tv selama lebih dari 5 jam satu hari, tetapi mengaji hanya 1 helai (2 muka surat) sahaja? Aku mula rasa bersalah dan pada keesokan harinya aku mula mengaji lebih banyak muka surat. Tapi aku bukan ingin menceritakan tentang berapa helai al-Quran aku mengaji setiap hari. Aku tak nak cerita pun hal itu...

Apa yang aku nak ceritakan ialah tentang menzalimi diri sendiri. Ini adalah nasihat dari abah aku.