Assalamualaikum...
wah...dah lama dah tak update!!!
apapun ari ni nak cerita sikit pasal Blinq Beauty Drink yang semakin popular dan hangat di pasaran..
saya
ada menjual minuman kesihatan Blinq Beauty Drink (BBD)..rugi tak cuba
tau..even Diana Amir pon minum blinq nih..FYI, blinq ialah 100% buatan
bumiputera dan HALAL!! blinq mengandungi habbatus sauda yang merupakan
salah satu makanan sunnah..
so, apa tunggu lagi?? jom berblinq bersama-sama..
You want to look younger??? want to look gorgeous??
want to loose your weight and at the same time want to stay healthy???
try BLiNQ Beauty Drink (BBD)..
BBD helps promote beautiful, healthy, youthful looking skin, helps you to get your ideal weight and can help prevent cancer!!!
so get your BBD now for only RM150/box of 30 sachets..
murah dan berbaloi-baloi...
jom like page https://www.facebook.com/blinqblinqhealth
Misz aRa in Da BuilDing
Wednesday, October 9, 2013
Sunday, February 24, 2013
Menzalimi diri sendiri
Assalamualaikum wbt..
Hari ni, (err..bkn hari ini la, tapi hari pertama masa aku buat post ni sbb aku da lama da buat post ni, cuma tak publish) aku ditegur oleh abah aku. Sebab aku selalu je menghadap laptop. Tapi aku faham apa yang abah aku sampaikan itu sangat betul kerana apa yang aku lakukan itu adalah salah. Apa yang aku buat yang menyebabkan abah aku yang selalunya tak akan tegur aku tu tegur aku? Sebabnya adalah sebaik sahaja aku selesai mengaji, aku terus menghadap laptop. *Itupun salah ke?*
Mungkin itu salah kerana abah aku telah menegur aku sehingga aku berasa sangat malu dengan diri sendiri. Namun aku rasa apa yang abah aku katakan itu adalah sesuatu yang betul. Abah aku tegur aku, "Kenapa duk depan laptop atau tv kita boleh buat selama 4 jam atau lebih, tapi mengaji setengah jam atau sejam tak boleh?" Aku terfikir, betul juga apa yang abah aku cakapkan itu. Kenapa selama ini aku boleh menghadap laptop atau tv selama lebih dari 5 jam satu hari, tetapi mengaji hanya 1 helai (2 muka surat) sahaja? Aku mula rasa bersalah dan pada keesokan harinya aku mula mengaji lebih banyak muka surat. Tapi aku bukan ingin menceritakan tentang berapa helai al-Quran aku mengaji setiap hari. Aku tak nak cerita pun hal itu...
Apa yang aku nak ceritakan ialah tentang menzalimi diri sendiri. Ini adalah nasihat dari abah aku.

Friday, December 28, 2012
Anti guru???
Assalamualaikum...Apa khabar pembaca sekalian? Semoga sihat hendaknya kepada pembaca alam maya walaupun tak de orang baca..Adakah
terdapat pembaca alam maya di dalam blog ini? Mungkin ada, mungkin tiada.
Walaupun tiada, aku tidak kisah kerana aku hanya ingin menulis pandangan aku di
dalam blog ini sahaja. Blog ini merupakan tempat untuk aku menulis perkara yang
aku dengar, lihat dan mungkin alami.
Alhamdulillah, aku masih berada di sini, menulis dan memerah
idea. Syukur kerana aku masih berada di sini, bernafas di bumi Allah ini.
Alhamdulillah sekali lagi. Syukur kerana masih diberi peluang bernafas di bumi
ini.
Aku, sebagai seorang bakal guru sentiasa terbaca perkara
atau isu-isu yang agak sensitif bagi seorang guru. Mungkin, bagi kalian yang
bukan guru atau bakal guru langsung tidak memahami isi hati kami. Atau, mungkin
ada yang memahami kami, terima kasih aku ucapkan. Mungkin isu ini telah lama
berlaku, namun saban hari aku mendengar dan membaca perkara yang sangat
menyebalkan hati aku. (betul ke menyebalkan ni satu perkataan? Entahlah, aku
pun tak dapat berfikir sekarang) Perkara apa yang menyebalkan perasaan dan hati
Misz Ara ni? Okay, mesti la pasal isu manusia yang tidak tahu bersyukur kepada
gurunya itu. Siapa yang dimaksudkan Misz Ara nih? Sapa-sapa je la. Aku cuma
tulis secara umum je, tak de maknanya untuk mengata sesiapa secara khusus.
Ada yang membandingkan kerjaya guru ni dengan kerjaya lain.
Bagi aku, kerjaya guru ni tak sama dengan kerjaya lain. Setiap kerjaya ada plus
dan minusnya. Jadi, bagi aku, adalah tidak patut bagi seseorang untuk
membandingkan kerjaya guru dengan kerjaya lain. Walaupun bukan seorang guru
atau bakal guru, adalah tidak patut cuba untuk memburukkan kerjaya sebagai
seorang guru ini. Mungkin bagi anda, kerjaya seorang guru ini sangat tiada
kelasnya, atau low class, tetapi bagi kami, ini adalah kerjaya yang amatla
mulia. Guru mendidik murid-murid untuk menjadi manusia yang berguna. Mungkin
guru anda tidak berjaya mendidik anda, mereka hanyalah mengajar anda dan
membuatkan anda menjadi bijak pandai, tetapi bukannya mendidik anda. Jika
mereka mendidik anda, anda akan berterima kasih kepada guru anda kerana berjaya
menjadikan anda sebagai seorang manusia seperti sekarang ini, bukannya mengutuk
guru anda. Perbuatan mengutuk guru anda di belakang adalah perkara yang sangat
tidak bersesuaian memandangkan guru anda telah mengajar anda menjadi seorang
yang bijak pandai, menjadi diri anda sekarang. Membuatkan anda berupaya MEMBACA
apa yang aku taip ni SEKARANG. Jika anda masih tidak berterima kasih kepada
guru anda, aku tidak tahu apa yang nak dikatakan lagi. PLEASE SAY THANKS TO
YOUR TEACHERS.
Wednesday, April 18, 2012
Da heck?!
Well, disebabkan aku baru je wat blog ni, *opss..buat blog ni da lame, tapi baru start nak post* aku nak tulis la pasal gelagat orang yang aku selalu perhatikan. Mungkin bagi korang, ini perkara biasa tetapi ia tetap salah di sisi undang-undang ISLAM. Ok, apa yang aku nak cakap ni? Berkait ngan agama la pulak kan?
Ok, ok. Camni. Sebenarnya, aku selalu je lepak kat Times Square tu. Tempat biasa aku lepak kat McD or Kfc sebab lapar la kan, lepas lama berjalan-jalan tengok gelagat orang ramai. Selalu bila aku lepak kat TS ni, aku selalu je nampak perkara yang aku tak suka. Mungkin korang akan rasa aku ni kolot ke pe ke. Yela, sebab apa yang akan aku tulis ni memang akan buat orang tak suka.
*Weh, cepat la tulis, aku lempang kan, banyak cakap pulak*
Ha.ha.ha. Ok, aku akan mulakan yer, jangan la marah. Ok, perkara yang aku selalu lihat tetapi tak ingin try ialah pegang tangan lelaki yang bukan muhrim/mahram/sewaktu dengannya. Ok. Jelas ke ngan topik yang aku nak cerita nih? Aku malas la nak citer perkara yang lebih dari tu seperti letak tangan kat pinggang makwe dia ke kan, sebab aku tak pasti yang tu adik dia ke, isteri dia ke.. Sebab yang pegang tangan ni biasa aku tengok and bila tenung *usha ea* lama-lama kat diorang, memang sah, confirm diorang kapel!
Baiklah. Cerita ini bermula apabila aku sampai di stesen LRT. Well, tunggu punya tunggu LRT tu sampai, aku nampak la sorang akak ngan sorang abang nih. *akak ngan abang ke?? lantak la* Diorang tengah khusyuk bercakap sampai tak sedar ngan orang sekeliling dia. Aku tenung punya tenung mamat tuh, dia tak berpaling pon kat aku *sedih*. Tiba-tibe, *suspen sikit* tangan dia mula merayap kat pipi pompuan tuh. Aikh, aku da mula rasa lain macam. Aku tengok lagi diorang. Ala, bez pe tengok gelagat orang nih. Lelaki tuh pegang muka pompuan tuh and pompuan tuh tenung muka dia *tertanya-tanya kot*. Setelah sekian lama lelaki tuh pegang pipi pompuan tuh, dia mulakan perbualan dengan "Awak, awak ada jerawat baru laa." *Ha.ha.ha aku ketawa dalam hati* -Ok, ni citer tipu. Tak de pon citer tuh. Lau aku jumpa pasangan camtuh, aku confirm gelak kuat-kuat-
Ni citer sebenarnya. Kat TS tu kan ramai pasangan kapel. Aku bukan tak suka orang kapel ni, aku tahu itu semacam da fitrah. berkasih sayang itu adalah fitrah manusia, ye aku tahu. Tetapi, korang boleh kan, ikut syara'? Maksud aku, berjalan bukan berdua-duaan, kerana orang ketiga adalah syaitan. Bawakla ahli keluarga pompuan tu, adik ke, abang ke, ayah ke tapi bukan korang bawak satu lagi pasangan dengan korang, kira macam double date. Sebab, aku yakin, korang tetap akan berpisah. Yang kedua, tolong, tolong jangan berpegangan tangan anda. Korang tahu kan halal dan haram? Bila korang pegang tangan bukan muhrim itu haram kan? Jadi, kalau kamu nak berpegangan tangan jugak, aku ada satu idea...

Tuesday, April 17, 2012
Assalamualaikum
Apa khabar sume? Erk, ada ke orang baca blog aku nih? Ha.ha.ha. Anyway, blog ni cuma sebagai satu medan aku untuk mencuba menulis. Menulis? Menulis apa? Buku? Novel? Cerpen? Salah, sumer salah. Aku cuma nak menulis je, sebab tuh aku pilih blog. Blog ni semua orang boleh buat. Tak ada halangan dan larangan, cume peluang. Betul tak?
Mungkin, akan ada orang kata, " Apala blog nih, merepek je lebih, bukannya ada pape pon". Yes, blog nih tak de pape pon, cuma aku yang merapu sorang-sorang. Aku pon tak tahu sama ada akan ada orang baca blog aku ni ke tidak. Blog ni cuma satu tempat luahan, satu tempat untuk aku mencurahkan isi hati, apa yang aku dengar, apa yang aku lihat dan apa yang aku baca atau yang sewaktu dengannya.
Aku pon tak tahu apa yang aku akan, bakal tulis dalam blog ini, cuma aku nak sediakan satu tempat untuk aku curahkan apa yang aku rasa, llihat dan dengar.
Lagipun, blog ini hanyalah tempat untuk menulis, bukannya berperang, atau mungkin mencari publisiti. Oh, aku bukan orang macam itu. Di luar, aku cumalah seorang yang pendiam dan bukanlah seorang yang petah berbicara. Jadi aku cuma ingin luahkan apa yang aku rasa dalam bentuk tulisan kerana aku tidak pandai berbicara.
Nampaknya aku sudah bercakap pasal diri aku. Sebenarnya, aku ingin menjadi anonymous kerana tidak ingin orang mengenali aku. Aku rasa aku masih lagi anonymous, kan? Kerana aku tidak mendedahkan nama aku lagi kan? Sila abaikan tentang diri aku.. Ha.ha.ha.

Subscribe to:
Comments (Atom)